Sunday, October 12, 2008

Sekolah Rendahku Satu Memori Yang Tidak Akan Aku Lupakan

PSLE sudah habis. Waktunya untuk saya berehat dan beraya bersama keluarga saya. Dengan masa yang sama saya berasa amat sedih untuk meninggal kawan-kawan dan guru-guru disekolah ini. Saya masih lagi ingat semasa saya darjah empat apabila Mr Yan memarahi saya kerana perkara itu saya tidak boleh lupakan dia. Saya akan ceritakan semua kenangan saya di sekolah ini.

Semasa saya darjah dua, saya terjatuh tempat letak kereta dan kaki saya berdarah. Hanya seorang sahaja yang menolong saya itu adalah Mr Chua. Saya tidak boleh lupakan jasanya kepada saya. Semasa saya darjah lima, Mr Beh yang mengajar saya. Pada waktu peperiksaan, saya tidak ke sekolah selama seminggu kerana saya sakit. Mr Beh memberi saya sokongan semasa saya menduduki peperiksaan itu seorang diri.

Pada tahun ini, adalah yang terbanyak kenangan di sekolah ini. Saya jumpa teman baru pada tahun ini seperti Maria, Chartel dan lain lagi. Saya amat gembira untuk berteman dengan mereka pada tahun yang terakhir di sekolah rendah ini. Tempat yang saya akan ingat adalah di padang bola kerana di situ adalah tempat pertama abang saya tunjukkan dan di situ juga saya bermain bersama kawan-kawan saya.

Saya tidak akan dapat lupakan sekolah ini selama-lamanya kerana sekolah ini mengandungi kenangan yang pahit dan yang manis. Sebenarnya kenangan pahit adalah sewaktu Cikgu Suriati tidak lagi mengajar saya dan kawan-kawan sekelas saya. Jika saya ada peluang untuk datang kembali semasa saya di sekolah menengah saya tentu akan pergi.

Thursday, July 3, 2008

Binatang Kegemaran Saya

Binatang kegemaran saya adalah singa. Singa adalah kesukaan saya kerana singa melambang gagah dan garang dan juga negeri saya adalah Singapura. Saya sangat beruntung kerana saya berasal dari negara Singapurayang serba moden.


Dari,
Muhammad Yudi

Wednesday, July 2, 2008

Warna Kegemaran Saya

Warna kegemaran saya adalah merah. Saya suka warna merah sejak saya masih kecil lagi. Warna merah membuat saya tenang apabila saya sedang marah. Merah adalah warna yang pertama yang saya ketahui dari abang saya kerana itu juga saya suka merah.


Dari,
Muhammad Yudi

Pelajaran Kegemaran Saya

Pelajaran kegemaran adalah Bahasa Melayu kerana saya menggunakan Bahasa Melayu setiap hari. Saya bangga untuk menjadi orang melayu kerana melayu adalah bahasa yang sopan tetapi budak zaman sekarang tidak sopan. Saya harap budak-budak zaman sekarang menjadi lebih sopan.




Salam dari,
Muhammad Yudi

Friday, June 27, 2008

Sukan Kegemaran Saya

Apa kabar semuanya? Saya Muhammad Yudi bin Mohamed. Sukan kegemaran saya adalah bermain bola sepak. Apa bila sahaja saya bermain bola sepak,saya berasa sangat gembira seperti saya bebas dan tiada orang menganggu saya. Itu sahajalah.


Daripada,
Muhammad Yudi

Thursday, June 26, 2008

Makanan kegemaran saya

Apa kabar kepada semua yang membaca. Saya akan memberitahu makanan kegemaran saya yang sedap-sedap belaka. Sebenarnya saya suka semua makanan kecuali makanan cina tetapi makanan paling saya suka adalah nasi ayam. Ia sangat sedap apa lagi ayamnya.


Daripada,
Muhammad Yudi