Sunday, October 12, 2008

Sekolah Rendahku Satu Memori Yang Tidak Akan Aku Lupakan

PSLE sudah habis. Waktunya untuk saya berehat dan beraya bersama keluarga saya. Dengan masa yang sama saya berasa amat sedih untuk meninggal kawan-kawan dan guru-guru disekolah ini. Saya masih lagi ingat semasa saya darjah empat apabila Mr Yan memarahi saya kerana perkara itu saya tidak boleh lupakan dia. Saya akan ceritakan semua kenangan saya di sekolah ini.

Semasa saya darjah dua, saya terjatuh tempat letak kereta dan kaki saya berdarah. Hanya seorang sahaja yang menolong saya itu adalah Mr Chua. Saya tidak boleh lupakan jasanya kepada saya. Semasa saya darjah lima, Mr Beh yang mengajar saya. Pada waktu peperiksaan, saya tidak ke sekolah selama seminggu kerana saya sakit. Mr Beh memberi saya sokongan semasa saya menduduki peperiksaan itu seorang diri.

Pada tahun ini, adalah yang terbanyak kenangan di sekolah ini. Saya jumpa teman baru pada tahun ini seperti Maria, Chartel dan lain lagi. Saya amat gembira untuk berteman dengan mereka pada tahun yang terakhir di sekolah rendah ini. Tempat yang saya akan ingat adalah di padang bola kerana di situ adalah tempat pertama abang saya tunjukkan dan di situ juga saya bermain bersama kawan-kawan saya.

Saya tidak akan dapat lupakan sekolah ini selama-lamanya kerana sekolah ini mengandungi kenangan yang pahit dan yang manis. Sebenarnya kenangan pahit adalah sewaktu Cikgu Suriati tidak lagi mengajar saya dan kawan-kawan sekelas saya. Jika saya ada peluang untuk datang kembali semasa saya di sekolah menengah saya tentu akan pergi.